Friday 23 December 2011

MARI MENYANYI LAGI...



LAGU BANGAU OH BANGAU

Menyanyi sambil memahami maksud lagu.
Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada lagu ini...

MARI MENYANYI..

LAGU GAJAH

Gajah berkaki empat ... gelek, gelek..
Gajah belalai panjang... gelek, gelek..
Gading dia panjang..
Tapi tidak makan orang... gelek, gelek..

Kalau adik ingin tahu,
Apa makanan gajah,
La, la, la, la, la...
Gajah makan tebu....


Thursday 22 December 2011

MARI MEWARNA


Warnakan gambar berikut :-
Ini ayam

MARI BERMAIN - PERMAINAN BERKAITAN HAIWAN

http://www.zoolabo.com/msa/haiwan-laut/

NAMA-NAMA HAIWAN - HAIWAN DI DARAT


Objektif  :  Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menamakan haiwan-haiwan di darat.

NAMA-NAMA HAIWAN - HAIWAN DI LAUT


Objektif :  Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menamakan haiwan-haiwan di laut.

NAMA-NAMA HAIWAN


Objektif  : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menyebut nama-nama haiwan.

Thursday 1 December 2011

CONTOH AKTIVITI

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi tajuk Mengenal dan Menamakan Benda Hidup - Haiwan ialah :

1.  Menonton video / CD mengenai haiwan.
2.  Mewarna gambar yang berkaitan.
3.  Bersoal jawab mengenai haiwan yang dilihat.
4.  Menamakan haiwan yang dilihat.
5.  Menamakan bahagian anggota badan haiwan.
6.  Mengajuk bunyi haiwan.
7.  Melakukan aktiviti permainan yang berkaitan dengan haiwan.
8.  Mengkelaskan haiwan mengikut jantina, sifat dan habitat.
9.  Menyanyikan lagu-lagu bertemakan haiwan.
10. Melakonkan pergerakan haiwan.
11. Melawat habitat haiwan / zoo.
12. Membuat buku skrap haiwan.
13. Bercerita mengenai hiwan.

Aktiviti Bersama Haiwan

MELAWAT KE HABITAT HAIWAN
MENYANYI LAGU KANAK-KANAK BERTEMAKAN HAIWAN

Wednesday 30 November 2011

TAJUK 1 - HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Objektif - Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

1.2 Mengenal dan menamakan benda hidup -

1.2.2  Haiwan

a. Nama-nama haiwan
 -  gajah, harimau, burung

b. Bahagian anggota badan
 - belalai , ekor, kepak

c. Jenis
  - herbivor, karnivor, omnivor

d. Sifat haiwan
 - berbulu, bersisik, berambut

e.  Habitat
 - darat, air, gua

Mengenal Haiwan

TAJUK-TAJUK DALAM KOMPONEN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Tajuk-tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam Sekitar ini ialah :

1. Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar
    -   1.1  Benda di sekeliling
        1.2  Benda hidup -
               1.2.1 manusia
               1.2.2 haiwan
               1.2.3 tumbuh-tumbuhan
        1.3  Benda bukan hidup
        1.4  Alam dan fenomena
        1.5  Keperluan asas hidup
        1.6  Kepentingan proses hidup bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
        1.7  Kepentingan dan kegunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kepada manusia
        1.8  Hubugan antara manusia dan alam
        1.9  Peranan individu dalam penyesuaian diri dengan keluarga, rakan sekelas dan masyarakat.

2.  Perhubungan dan Pengangkutan
       - 2.1 Alat perhubungan dan pengangkutan
         2.2 Kepentingan alat perhubungan dan pengangkutan
         2.3 Tanggungjawab terhadap alat perhubungan dan pengangkutan
         2.4 Penggunaan alat perhubungan dan pengangkutan
        
3.  Penggunaan Perkhidmatan Masyarakat
     -  3.1 Perkhidmatan masyarakat
        3.2 Hubung kait antara situasi dengan perkhidmatan masyarakat

4.  Pendidikan Luar
     -  4.1 Jenis kegiatan luar
        4.2 Arahan dan peraturan    
Perkhidmatan Masyarakat - sukarela
     

OBJEKTIF KOMPONEN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar membolehkan murid :

1.  mengenal dan menamakan benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekitar kehidupan murid.
2.  menamakan jenis alat perhubungan dan pengangkutan yang terdapat di sekitar mereka.
3.  menunjukkan perlakuan bersopan santun semasa berinteraksi dengan ahli keluarga dan     masyarakat.
4.  menggunakan alat perhubungan dan alat pengangkutan dengan cara yang betul.
5.  mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
6. menjadi rakyat yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk :

a.  Memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar.
b.  Sebagai satu bentuk rekreasi
c.  bersosialisasi dan berkomunikasi
d.  aktiviti yang menggembirakan
e.  aktiviti bebas dan terancang

Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti seperti :

i.    lawatan
ii.   motivasi
iii.  perkhemahan
iv.  perkelahan
v.   berkuda
vi.  berenang
vii. aktiviti jual beli
viii.lawatan sosial
AKTIVITI LAWATAN KE ZOO

Tuesday 29 November 2011

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Proses pengajaran dan pembelajarannya perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin semua murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu. Antara pendekatan yang boleh digunakan adalah seperti Belajar Melalui Bermain, Pengajaran Bertema, Pembelajaran Masteri dan Pendekatan Kolaborasi.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain dtekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam Sekitar kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.

BELAJAR MELALUI BERMAIN

SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR (SAK)

SKOP

Komponen Sains Sosial dan Alam Sekitar melibatkan komponen hubungan manusia dengan manusia, perhubungan dan pengangkutan serta penggunaan perkhidmatan masyarakat.

Komponen ini memberi pendedahan tentang pendidikan sosial dan alam sekitar kepada murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah dan menengah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Murid-murid dididik mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap positif dalam menjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan-rakan sebaya dan masyarakat.

Komponen ini juga memperkenalkan elemen-elemen perhubungan dan pengangkutan serta kemudahan awam. Murid-murid dapat mengetahui dan menggunakan segala bentuk kemudahan perhubungan, pengangkutan dan pekhidmatan masyarakat. Mereka diharap akan dapat meningkatkan perkembangan sosial mereka selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku di persekitaran mereka.

MENGENALI ALAM SEKITAR

BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI

BERSOSIAL DAN BERIADAH
Selain daripada mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam Sekitar, komponen atau mata pelajaran yang tergolong di bawah bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik , Gerakan dan Drama. Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori pembelajaran boleh digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri yang berikut :-
i.    mampu berdikari
ii.   berdisiplin dan bersikap positif
iii.  bermoral dan beretika
iv.  berkemahiran dan berketerampilan
v.   produktif dan menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Setelah melalui keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran, dan memiliki ciri-ciri tersebut, adalah diharapkan murid dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.

Thursday 17 November 2011

SEDIKIT PENGENALAN

Mata pelajaran Sains Sosial Alam Sekitar adalah salah satu mata pelajaran yang penting dalam       Pendidikan Khas. Subjek ini lebih kurang macam mata pelajaran Sains.

MENEROKA ALAM SAINS