Wednesday 4 January 2012

SEKADAR LUAHAN

JAMUAN PERPISAHAN 2011
SELAMAT MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH ....
SEGAKNYA MURID-MURID CIKGU BERSELUAR HIJAU DAN BERKAIN BIRU MUDA...

JADILAH INSAN YANG BERGUNA...
Hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2012.. Terasa sedih pula bila banyak wajah murid-murid yang disayangi  telah tiada kerana sudah melangkah ke alam Menengah..Maklumlah sejak daripada umur mereka 7 tahun dididik dan diajar sehingga berumur 13-14 tahun.. Perasaan sayang itu sudah tertanam kukuh dalam diri kami yang mengajar dan sedihnya ibarat berpisah dengan keluarga sendiri rasanya.. .Dah besar rupanya murid-murid cikgu ini. Kepada murid-murid cikgu ini, cikgu akan sentiasa berdoa agar kalian menjadi manusia yang berguna dan mampu melangkah ke dunia yang serba mencabar ini dengan penuh keyakinan dan mampu berdiri seiring dengan murid-murid lain. Buangkan rasa rendah diri dan tanamkan keazaman untuk berjaya ye.... Buktikan bahawa sebagai insan istimewa juga, kalian boleh berjaya.....