Tuesday 29 November 2011

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Proses pengajaran dan pembelajarannya perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin semua murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu. Antara pendekatan yang boleh digunakan adalah seperti Belajar Melalui Bermain, Pengajaran Bertema, Pembelajaran Masteri dan Pendekatan Kolaborasi.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain dtekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam Sekitar kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.

BELAJAR MELALUI BERMAIN

No comments:

Post a Comment